Emas merupakan logam yang sangat bernilai diciptakan Allah untuk manusia. Namun, tanpa ilmu kita tidak dapat manfaat darinya..
Isnin, 17 November 2014
Pelaburan Emas VS Tersontot - Singapore
Antara pelaburan yang menarik perhatian pelabur emas salah satunya adalah Suisse International (Singapore’s) yang didaftarkan sebagai Suisse HK Limited di Hong Kong.
Syarikat ini tidak berdaftar di Singapura walaupun beroperasi sepenuhnya di Singapura, tetapi didaftarkan di Hong Kong.
Selain pelaburan emas, bisnes lainnya adalah lelongan syiling emas, jual beli jam mewah dan turut terlibat dalam bisnes perfileman. Mereka turut mengeluarkan syiling emas sendiri walaupun bukan dari bukanya pengeluar syiling emas terkemuka dunia.
Dikhabarkan baru-baru ini beberapa syarikat pelaburan emas tempatan tersontot dan tidak mampu memberikan pulangan seperti dijanjikan, adalah tidak sukar untuk meneka bagaimana pelaburan mereka terjejas,
dan kenapa teknik manipulasi emas yang diuar-uarkan tidak menjadi, Ini dapat dikaitkan dengan satu bentuk pelaburan merentasi sempadan yang baru-baru ini disita oleh Bank Negara Singapura iaitu Suisse International Ltd.
1. Untuk memulakan pelaburan, setiap pelabur dikehendaki membawa 200g emas kepada syarikat untuk mula melabur, pelabur boleh membeli pamp suisse pada harga pasaran terkini contohnya hari ini harga RM132/g dan hantar pada syarikat. Atau pelabur boleh membeli secara direct dengan syarikat.
2. Seterusnya syarikat akan membeli emas pelabur pada harga RM200/g secara ansuran, bermaksud pelabur akan dibayar sebanyak RM40,000 untuk 200gram emas secara ansuran ($78/g singapore dollar) dalam tempoh 12 bulan.
3. Apabila pelabur menghantar 200g gold bar, pelabur akan diberikan 3 keping syiling emas pada harga $52/piece
4. pelabur boleh jual balik kepada syiling kepada syarikat untuk dapat tunai segera dengan harga $1700/piece (kebanyakan pelabur akan jual balik untuk tunai, cashback), jadi 3 keping syiling dijual balik akan dapat RM13,000.00
5. Seterusnya pelabur akan diberikan keuntungan 7% sebulan dari harga yang dibeli syarikat tadi, jadi 7% dari RM40,000 sama dengan RM2800.00 sebulan ($1092 Singapore Dollar), sebulan.
Berapa jumlah pelabur melabur sekarang?
(1)Beli 200g Pamp Suisse RM26,400… (3) dapat balik cashback ~RM13,000… jadi cuma RM13,4.00 sahaja yang dilaburkan
Berapa modal & keuntungan sebenat?
Modal RM13,400.00, keuntungan dijangka RM33,600 dalam masa 12 bulan atau 250% setahun.
Siapa Yang Melabur?
Banyak syarikat yang mengelolakan pelaburan-pelaburan emas tempatan terheret sama melabur didalam skim pelaburan ini, ramai yang menghantar bar pamp suisse ke singapore kerana tertarik dengan pulangan lumayan kira-kira 250% setahun berbanding pelaburan biasa paling banyak cuma 20-30% sahaja setahun.
Bila bermula skim pelaburan ini?
Dari rekod laman domaintools, laman web syarikat (http://www.suissecollection.com) didaftarkan pada 2-5-2013, dan laman facebook syarikat juga didaftarkan pada 2-5-2013 tarikh yang sama (https://www.facebook.com/suissecollection)
Siapa dibelakang syarikat ini?
Wujud desas desus di alam siber, CEO The Gold Capital, Lee Siong Tek yang menghilangkan diri sejak Januari 2013 mempunyai kaitan dengan syarikat Suisse Internatiol HK ltd. Pada akhir 2012, Bank Negara Singapura telah menyita syarikat-syarikat pelaburan emas genneva, asia pacific dan gold guarantee kerana terbabit menerima deposit haram dalam urusniaga skim ponzi berjumlah berbillion ringgit, Lee Siong Tek telah menghilangkan diri sejak itu dan sehingga kini tidak dapat dihubungi.
Bagaimana Suisse International jatuh?
Akaun utama Suisse International di DBS telah dibekukan pada akhir September 2014/ awal oktober 2014 dan siasatan sedang dilakukan oleh CAD & MAS Singapura keatas syarikat ini kerana menerima deposit haram dan mengelolakan pelaburan haram (mirip ponzi scheme), kesan daripada pembekuan akaun ini menyebabkan beberapa syarikat pelaburan emas tempatan tidak menerima cash dari Suisse International dan turut terheret sekali dalam masalah ini.
Berapakah kerugian kepada Syarikat Pelaburan Emas dalam negara?
Tidak dapat dijangka, kerana dikhabarkan berkilo-kilo malah bertan emas telah dibawa merentasi tambak johor oleh syarikat-syarikat pelaburan emas tempatan menggunakan operasi yang hampir sama (program atas program)
Contohnya: Syarikat A mengumpul 3 tan emas dari beribu pelabur, kemudiannya melaburkannya kedalam skim ini, jika Suisse International memberikan bulanan RM2800 sebulan, syarikat pelaburan tempatan akan memberi RM2000/bulan kepada pelabur dan makan untung RM800/sebulan bagi setiap seorang pelabur. (lebih kurang).
Adakah semua syarikat pelaburan emas di Malaysia terlibat?
Tidak semua, cuma syarikat yang mempunyai masalah membayar amaun yang dijanjikan kepada pelabur mungkin terlibat, kerana tarikh, masa dan ceritanya hampir sama (tak perlu ambil phd pun boleh agak kot)
sumber :
Apakah Arrahnu?
Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardhu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Walaupun menurut Akta Pajak Gadai 1972, had maksimum caj faedah bulanan adalah sebanyak 2.5 peratus, namun secara realitinya, jumlah yang dikenakan ialah sekitar tiga hingga empat peratus sebulan.
Skim Ar-Rahnu ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pin-jaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah. Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang di-namakan ‘marhun’.
Di dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Secara ringkasnya, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka ‘marhun’itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut. Tujuan ‘marhun’ ini ialah untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi, sebaliknya jalan penyelesaian terbaik telahpun dipersetujui.
Bagi hutang tadi pula, skim ini melaksanakan prinsip Al-Qardhul Hasan (bantuan ihsan), iaitu pinjaman tanpa faedah yang lebih bersifat kepada sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama Islam. Sementara prinsip Al-Wadiah pula ialah akad di antara tuan punya barang dengan pihak yang menyimpan barang gadaian tersebut.
Atas dasar Al-Wadiah inilah, skim ini akan mengenakan bayaran upah simpan selamat (safe custody fee) ke atas barang gadaian tadi. Secara ringkasnya, skim ini tidak akan mengenakan faedah kepada pinjaman tetapi hanya mengambil upah untuk menyimpan dengan selamat ke atas barang gadaian. Menurut perspektif Islam, skim ini memenuhi ciri-ciri berikut: Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam. Ianya berkonsepkan fardhu kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.
Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak. Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam. Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan barang gadaian tersebut dengan baik. Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga semasa barang gadaian (kebiasaannya barang gadaian ialah emas). Sementara dari perspektif pergerakan badan koperasi pula,
Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini memenuhi ciri-ciri berikut :
Mempelbagaikan aktiviti perniagaan, yang mana ianya boleh mendatangkan pulangan yang baik ke atas pelaburan yang dibuat oleh koperasi.
Mengurangkan risiko hutang tidak berbayar (NPL) kerana semua hutang yang diberikan adalah terjamin.
Memecahkan monopoli pajak gadai konvensional yang biasanya membebankan para penggadai yang memerlukan wang.
Memberi pilihan pinjaman yang bebas riba’ kepada semua anggota koperasi khasnya dan umat Islam, amnya.
Membantu mereka yang terdesak atau memerlukan dengan memberikan pinjaman yang lebih mudah urusan transaksinya.
Meningkatkan keperibadian yang baik kepada pengusahanya; dari segi sifat amanah, jujur, telus, kemahiran dalam keilmuan dan pengurusan dan sebagainya.
Konsep, Rukun Dan Ciri-Ciri Perlaksanaan Konsep: Berlandas dan berpandukan kepada hukum Syariah iaitu :
Ar-Rahnu: mekanisma di mana sesuatu barang yang berharga dijadikan sandaran ke atas hutang.Tidak ada unsur riba’ ke atas pinjaman tetapi hanya upah menjaga barang cagaran sahaja dikenakan.
Al-Qardhul Hasan: pinjaman ihsan yang diberikan adalah bebas dari unsur riba’atau faedah.
Al-Wadiah: akad untuk menjaga keselamatan barang yang dicagar.
Rukun: Rukun Ar-Rahnu terbahagi kepada:
Penggadai: orang yang menggadai/orang yang berhutang.
Penerima Gadaian: pemegang gadaian/pemberi pinjaman.
Barang Gadaian : barang yang berharga yang terletak di bawah simpanan penerima gadaian.
Tanggungan Gadaian: jumlah yang terhutang.
Sighah/Perjanjian: perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.
link
"Akan sampai suatu masa, duit sudah tidak lagi bernilai melainkan Emas dan Perak"
Pengenalan kepada Emas;
EMAS adalah sebuah logam bernilai yang jika merujuk jadual kimia nya: ia dipanggil Aurum. Sebuah logam yang stabil yang berasal dari perut bumi. Ianya tidak boleh dicipta. Bahan yang setakat ini kekal hanya Qarun manusia tunggal yang tahu bagaimana untuk menghasilkannya pada zaman Firaun dahulu. Namun akibat lupa kepada Allah ianya ditimpa musibah.
EMAS sememangnya menjadi permintaan tertinggi sejak dari zaman Mesir purba hinggalah ke zaman serba moden ini. Ia sangat bernilai hinggakan manusia berebut untuk memilikinya. Pada satu masa EMAS menjadi matawang sehinggalah wujudnya matawang kertas. Jika hendak diceritakan tentang asal usulnya wang kertas tentu berjela panjangnya tetapi untuk dipendekkan matawang kertas sekarang ini dipanggil matawang FIAT. Matawang kini tiada lagi sandaran kepada EMAS dan ia boleh dicop sesuka hati untuk kegunaan negara. Itu lah punca Inflasi. Menyebabkan Matawang Kertas memungkinkan susut nilai yang keterlaluan hingga boleh melumpuhkan sesebuah negara.
Kesimpulannya ini tiada kebaikan dan lari dari matlamat asal sebagai ganti EMAS.
EMAS pula diketahui sejak dari turun temurun amat stabil. Classic example Contoh: harga seekor kambing di zaman Sahabat ialah 1 Dinar dan nilainya masih tetap 1 Dinar sekarang jika dibandingkan betapa susut nilainya matawang kertas hingga kita terpaksa membayar RM650 ~ RM700 untuk seekor kambing. Mungkin dahulu harganya lebih murah tetapi disebabkan inflasi harga kambing semakin meningkat, namun Dinar masih utuh. Jadi boleh disimpulkan EMAS = INFLASI SIFAR. Emas juga tidak boleh dimanipulasi kerana nilainya stabil untuk seluruh dunia, berbanding matawang yang berbeza setiap negara. Ingat lagi kah bagaimana George Soros memanipulasi MYR….
Jadi bersedialah atas apa jua kemungkinan…. Mungkinkah nilai matawang merudum setelah USD merudum kerana krisis ekonominya tidak berjaya diselamatkan??
Sumber :goldenmas.wordpress.com
Langgan:
Catatan (Atom)

